Bagaimana kami bermula?

Dengan mengingati wajah anak kecil kami yang sedang mengunyah, kami ingin berkongsi perkara ini dengan ibu bapa baru yang mempunyai pemikiran yang sama seperti kami, bahawa ia adalah penting dan sememangnya kemewahan sebenar untuk bayi dan kanak-kanak kecil untuk merasai keaslian makanan. Kami mahu mereka menikmati adegan anak-anak mereka tersenyum, menjamu selera mereka dengan gembira.

Pada tahun 2017, perniagaan kami bermula dengan kesungguhan daripada pengasas kami, Larry dan Jocelyn.

Mereka ingin mencipta makanan berkhasiat untuk anak mereka dan memastikan waktu makan dipenuhi dengan kegembiraan. Jocelyn teringat detik-detik apabila kanak-kanak kadang-kadang menangis semasa makan, dan mereka berazam untuk memastikan anak mereka sendiri tidak akan berasa seperti itu. Lagipun, waktu makan harus dijadikan sebagai perkara yang menceriakan.

Apabila mereka meninjau kedai berhampiran untuk mendapatkan pilihan makanan bayi yang sihat dan sesuai, mereka kecewa dengan pilihan terhad yang terdapat di pasaran. Oleh itu, mereka mengambil keputusan sendiri, memulakan percubaan untuk membuat makanan bayi buatan sendiri. Mereka dengan sendirinya mengadun tepung dengan jus sayur-sayuran dan dengan teliti membentuknya menjadi mi, dan perkara yang mengejutkan adalah makanan tersebut diterima baik oleh anak mereka.

Selepas berkongsi ciptaan masakan mereka dengan keluarga dan rakan-rakan, mereka mendapat pujian yang sangat memberangsangkan dan ini mendorong mereka untuk menceburi bidang dalam talian untuk menjual makanan bayi buatan mereka sendiri. Bagaimanapun, pelbagai cabaran yang dilalui, tetapi mereka tetap bersemangat untuk menghasilkan hidangan berkhasiat dan lazat untuk kanak-kanak. Perjalanan mereka bermula dari rumah kedai sahaja dan akhirnya berkembang menjadi sebuah kilang.

Objektif mereka adalah untuk memberikan ibu bapa d luar sana dengan produk terbaik, kerana mereka yakin bahawa setiap kanak-kanak berhak mendapat yang terbaik. Menggunakan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran yang bertenaga, mereka dengan telitinya membentuk makanan bayi ini supaya kanak-kanak berpeluang menimati sayuran dan buahan dalam cara yang lebih menarik.

Apabila perniagaan mereka berkembang pesat, mereka menyedari kepentingan keselamatan makanan. Mereka memperoleh pensijilan seperti ISO 22000, GMP, HACCP, MESTI, dan HALAL, memastikan setiap aspek penyelidikan, pembangunan dan proses pengeluaran mereka dipantau dan dikawal dengan teliti untuk mengekalkan standard kualiti dan keselamatan.

Hari ini, syarikat mereka dengan bangganya menawarkan pelbagai produk yang terdiri daripada mi dan pasta yang diperbuat daripda buahan dan sayuran, penkek yang menyelerakan, snek berkhasiat, bubur bayi yang berkhasiat, dan minuman yang menyegarkan. Pada tahun 2023, dengan peralatan dan kemudahan yang mereka perolehi, mereka mengambil keputusan menawarkan perkhidmatan OEM/ODM, untuk menyokong jenama makanan bayi di Malaysia dan global, dalam proses pembuatan produk makanan bayi mereka.

Jenama mereka sudah berkembang di luar negara, seperti di Singapura, Hong Kong dan Myanmar, dan mereka masih berusaha untuk berkembang di lebih banyak negara pada masa akan datang. Aspirasi mereka adalah untuk menyediakan himpunan pilihan makanan yang mudah dan mementingkan kesihatan yang disesuaikan untuk bayi dan kanak-kanak. Mereka berhasrat untuk memudahkan ibu-ibu untuk menyediakan makanan anak-anak dan mencorak waktu makan anak yang lebih seronok.

Di Double Happiness Asia Foods, kami amat percaya bahawa setiap kanak-kanak layak mendapat pengalaman menikmati makanan yang sihat dan lazat. Kami ingin merealisasikan kepercayaan klami ini. Kami amat berharap produk kami bukan sahaja membawa kegembiraan dan keselesaan kepada keluarga, tetapi juga menawarkan pilihan makanan yang sihat dan berkhasiat.