French Style Cake
Bahan - bahan
- 75 gram Bijirin Beras Avokado
- 75 gram gula kelapa atau 50gr tepung badam jika anda mahu bebas gula
- 4 telur
- 3 epal
- Sedikit jem (anda boleh memilih jem yang tiada tambahan gula)
Cara Penyediaan
- Asingkan putih telur dan kuning telur. Pukul putih telur menjadi 'snow eggs'.
- Menggunakan pemukul telur, pukul gula (atau tepung badam) dan kuning telur. Masukkan bijirin beras DH dan terus kacau.
- Tambah secara beransur-ansur 'snow eggs' ke dalam bancuhan.
- Sapukan adunan kek span itu di atas dulang, lapikkan dengan kertas pembakar. Bakar selama 10 minit, suhu 180 celcius.
- Hiris dan kukus epal sehingga lembut.
- Gulungkan kek. Untuk memudahkan pengeluaran kertas pembakar, anda boleh melembapkannya di bawah dengan span bersih.
- Biarkan ia sejuk selama 10 minit. dan sapukan sedikit jem dan epal yang sudah dikukus dan gulung semula.
- Potong kek dan sedia untuk dihidangkan!